Enjoy for fun !!!

Monday, January 31, 2005

Tsunami...

Tazkirah : Bencana Tsunami ujian muhasabah diri (Utusan Malaysia)

"Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan. dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta" - Surah al-Ankabut, ayat 1-3
"Setiap diri akan berasa kematian dan kami ujikan sekalian kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu percubaan dan kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali" - Surah al-Anbia, ayat 35
"Tetapi mereka berpaling, maka kami datanngkan kepada mereka banjir yang besar dan kami ganti kedua-dua kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang berbuah pahit, pohon Atsl (Cemara) dan sedikit dari pohon Sidr (Bidara)" - Surah Saba', ayat 16
"Dan ingatlah ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya, sedang kamu sendiri menyaksikan" - Surah al-Baqarah, ayat 50
"Maka Kami jadikan yang demikian (peristiwa) itu peringatan bagi orang pada masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang yang bertaqwa" - Surah al-Baqarah, ayat 66
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai" - Surah al-A'raaf, ayat 179

InfoSharing : Islam dan pekerja
Al-Quran dan hadis nabi s.a.w banyak memperkatakan berkaitan pekerja.
"salah seorang dari kedua wanita itu berkata, "ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang beekrja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai" ~ surah Al-Qasas: 28:26
"hai orang beriman, janganlah kamu khianat terhadap Allah dan rasul dan janganlah pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui" ~ surah al-Anfaal: 8:27
"....(iaitu), bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke hadapan atau undur ke belakang. Tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan usahanya" ~ surah al-Muddathir: 74:37-38
"Katakanlah: Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu, serta rasulNya dan orang mukmin. Nanti kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang zahir, lalu dikhabarkanNya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan" ~ surah al-Taubah, 9:105
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Demi Allah, aku tidak sekali-kali akan menyerahkan tugas-tugas ini kepada mana-mana orang yang datang memintanya atau mereka yang tamak terhadap jawatan itu"
"Barangsiapa mengambil pekerja, mereka hendaklah menyebutkan gaji yang akan diberi"
Khalifah Umar bin al-Khattab berkata,
"Lantikan ini merupakan suatu percubaan bagi kamu. Jika aku dapati kamu mampu menjalankan tugas dengan baik dan sempurna akan akusahkan jawatan kamu. sebaliknya jika kamu gagal menunjukkan keupayaan, akan aku tamatkan tempoh khidmatmu"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home