Enjoy for fun !!!

Thursday, October 19, 2006

Raye oo raye...

Selamat Hari Raya Aildilfitri... mmm... ntah knape raye tahun ni begitu lain dr yg lain... agak nya aku kini diperantauan.. rasa nikmat utk pulang beraya bgitu masyuk skali... :) ku brharap raye tahun ni akan begitu meriah skali.. kerana.. jarang skali sume ahli kluarga ku brkumpul skali.. kadang2 raya.. kak ngah aku x dpt braye skali kerana blaja di oversea, di Galway, Ireland.. n dlu.. kadang2 kak long aku pn x dpt braye kerana dlu die masih menuntu di Tennessee, US.. but skrg.. derang sume dh abis blaja n kak long pn dh kawin pe sume... n tambah best lak.. dpt brmain2 ngan anak2 kak long nnt.. wahhh... best nye raye tahun... dpt anak sedara pompuan br... comel~~ cam uncle die... :p amira sofia~.. mmm... Jom... Balik Braya... Baaaalik kampung... ooo balik kampung~~

Friday, March 03, 2006

IndaH khaBaR saJe

Hari meniti hari~~~ kenangan lame gak yg bnyak mengajar erti kehidupan~~

http://dingo.care-mail.com/cards/flash/5409/abc.swf ---> i dont know whether it is meant in my life nowadays...

Wednesday, February 02, 2005

Santapan rohaniku....(Renungan)

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

Monday, January 31, 2005

Tsunami...

Tazkirah : Bencana Tsunami ujian muhasabah diri (Utusan Malaysia)

"Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan. dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta" - Surah al-Ankabut, ayat 1-3
"Setiap diri akan berasa kematian dan kami ujikan sekalian kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu percubaan dan kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali" - Surah al-Anbia, ayat 35
"Tetapi mereka berpaling, maka kami datanngkan kepada mereka banjir yang besar dan kami ganti kedua-dua kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang berbuah pahit, pohon Atsl (Cemara) dan sedikit dari pohon Sidr (Bidara)" - Surah Saba', ayat 16
"Dan ingatlah ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya, sedang kamu sendiri menyaksikan" - Surah al-Baqarah, ayat 50
"Maka Kami jadikan yang demikian (peristiwa) itu peringatan bagi orang pada masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang yang bertaqwa" - Surah al-Baqarah, ayat 66
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai" - Surah al-A'raaf, ayat 179

InfoSharing : Islam dan pekerja
Al-Quran dan hadis nabi s.a.w banyak memperkatakan berkaitan pekerja.
"salah seorang dari kedua wanita itu berkata, "ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang beekrja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai" ~ surah Al-Qasas: 28:26
"hai orang beriman, janganlah kamu khianat terhadap Allah dan rasul dan janganlah pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui" ~ surah al-Anfaal: 8:27
"....(iaitu), bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke hadapan atau undur ke belakang. Tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan usahanya" ~ surah al-Muddathir: 74:37-38
"Katakanlah: Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu, serta rasulNya dan orang mukmin. Nanti kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang zahir, lalu dikhabarkanNya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan" ~ surah al-Taubah, 9:105
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Demi Allah, aku tidak sekali-kali akan menyerahkan tugas-tugas ini kepada mana-mana orang yang datang memintanya atau mereka yang tamak terhadap jawatan itu"
"Barangsiapa mengambil pekerja, mereka hendaklah menyebutkan gaji yang akan diberi"
Khalifah Umar bin al-Khattab berkata,
"Lantikan ini merupakan suatu percubaan bagi kamu. Jika aku dapati kamu mampu menjalankan tugas dengan baik dan sempurna akan akusahkan jawatan kamu. sebaliknya jika kamu gagal menunjukkan keupayaan, akan aku tamatkan tempoh khidmatmu"

Kekejaman Manusia.... d:|

Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin
telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan
Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui
seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang
bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil
tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah
diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah
seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas
AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal
menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya
bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.
Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-
Islam.

Surat Fatima
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia
tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]
Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia
memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan
ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang
yang beriman.
Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa
yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan
kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang
dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami.
Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah
menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran
yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu
memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang
telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT
pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami
berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi
tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami
telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi
kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami
semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan
mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan
melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu
tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada
Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat
mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu
Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah
memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam.
Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-
adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya,
sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang
gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka
telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.
Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang
pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya
menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah
membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim.
Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau
memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan
penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga
beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun
membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan
gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala
dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah!
Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati
keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]
Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang
mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu
Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka
dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar
82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul
secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut
mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka
telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa
mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang
mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding
penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar
pagar yang mengelilingi penjara tersebut.
Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat
diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima
semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:
"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki
yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon
pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari
ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan
tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah
beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam
oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan
umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke
bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan
gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum
ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa
di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik
perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim
dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan
untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah
wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah
diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari
sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang
lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada
kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun,
sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa
Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah.
Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:
"Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentera-
tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami
dan barisan belakangnya berada di sini."

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu
tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah
menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari
tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari.
Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.

Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita
takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang
perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?

"Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Beriman" sekadar peringatan...

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an rang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Monday, June 28, 2004

New layout...

See my new layout for my webpage at http://anasanuar.tripod.com

Wednesday, June 23, 2004

My Official Website

Visit my site at

and don't forget to sign my guest book...ok!

Tuesday, June 22, 2004

Jika anda dikala bosan.

Aku belum tertido dalam dakapan bantal sehingga dibuai mimpi yang indah...
Visit My Official Website

Piece of me...


Me...
Posted by Hello

Find Me...

Find me in Friendster.com and MySpace.com with email anasanuar@hotmail.com

Welcome...!!!

Welcome, I hope you all enjoy your visit and have a great day.

Thank you for giving me the pleasure of being your host. Hope you find this website useful, informative and entertaining.

My created website, visit at http://www.utp-tec.net :).

.:: May the force be with you ::.